19-03-2018
T & E Project Consultancy Sdn Bhd kini berdaftar sebagai vendor yang diluluskan oleh Sime Darby Group.
Pautan ke Perakuan Pendaftaran :
https://www.dropbox.com/s/gb4m1q33uwswl2t/Sime%20Darby%20Approval%20Certificate.pdf?dl=0
07-03-2018
Kepada para pelanggan, rakan perniagaan dan sesiapa yang berkenaan,
Kami ingin memohon maaf kepada anda yang telah cuba tetapi gagal menghubungi kami sejak beberapa minggu lalu.
Ingin dimaklumkan bahawa kami sedang menghadapi gangguan perkhidmatan telefon yang disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan berhampiran pejabat kami. Pihak berkenaan sedang berusaha membaiki segala kerosakan. Bagaimanapun, tempoh pembaikan akan mengambil masa yang agak panjang dan tempoh untuk baik pulih semula tidak dapat ditentukan.
Buat sementara waktu, kami boleh dihubungi di talian +6012-273 2811 atau e-mel.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kerjasama daripada anda amat dihargai.
11-01-2018
T&E Project Management (Vietnam) Co., Ltd. telah dianugerah dengan kontrak baru oleh Kingwood (Vietnam) Entreprises Ltd. sebagai Perunding Projek untuk pembangunan baru di Binh Duong Province, Vietnam.
23-10-2017
T&E Project Consultancy Sdn Bhd telah menandatangani kontrak baru dengan Pan Asian Dairies Sdn Bhd untuk penubuhan Kilang Tenusu Baru di Sendayan Techvalley, Bandar Sri Sendayan, Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
04-08-2017
T&E Project Management (Vietnam) Co., Ltd telah menandatangani kontrak baru dengan ASSAB Steel Vietnam Co., Ltd. sebagai Perunding Projek untuk projek baru di Amata Industrial Park, Bien Hoa City, Dong Nai Province, Vietnam.
04-07-2017
Projek untuk Auto Parts Manufacturers Co. Sdn Bhd, Malaysia untuk kilang pembuatan kerusi kereta telah selesai dan berjaya diserahkan kepada pelanggan dengan CCC telah diperolehi.
22-06-2017
Upacara Pecah Tanah telah secara rasminya memulakan projek pembinaan Swancor Ind (M) Sdn Bhd, Malaysia.
09-06-2017
T&E Project Consultancy Sdn Bhd telah dianugerahkan dengan projek pembesaran gudang dan pejabat berpusat jambatan timbang oleh FFM Grains & Mills Sdn Bhd, Malaysia sementara kerja pembinaan untuk bangunan process masih dijalankan.
08-06-2017
Kami merombak dan melancarkan laman web baru untuk melayani anda dengan lebih baik.
17-05-2017
T&E Project Management (Vietnam) Co., Ltd. telah dianugerahkan dengan projek pembesaran gudang oleh Vimaflour Ltd., Vietnam setelah siap projek pembesaran kilang pemprosesan kebelakangan ini.
16-05-2017
T&E Project Consultancy Sdn Bhd telah dianugerahkan dengan projek pembesaran baru oleh Lafarge Drymix Sdn Bhd setelah siap Kilang Drymix dan Gudang dengan CCC yang diperolehi pada bulan April 2017.
10-05-2017
Projek untuk Vietnam Flour Mills Ltd. untuk kilang tepung dan tempat penyimpanan gandum di Vietnam telah selesai dan berjaya diserahkan kepada pelanggan.
10-05-2017
Projek untuk Meizan CLV Corporation untuk pembuatan dan pembungkusan makanan bijirin tambahan dan makanan lain (seperti mi, makaroni, pracampur) telah selesai dan berjaya diserahkan kepada pelanggan.